Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMIMPIN TAREKAT NAQSYABANDIAH DIPERCAYAI SUDAH PULANG KE MALAYSIA

DALAM NEGARA

PEMIMPIN TAREKAT NAQSYABANDIAH DIPERCAYAI SUDAH PULANG KE MALAYSIA

Jabatan Mufti Negeri Sembilan dalam usaha mengesan pemimpin tarekat Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah, Habib Shah Firdaus Habib Ahmad yang dipercayai telah pulang ke Malaysia sejak 21 Ogos lalu.

Arkib premis Tarekat Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah di Labu, Seremban.

SEREMBAN: Jabatan Mufti Negeri Sembilan dalam usaha mengesan pemimpin tarekat Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah, Habib Shah Firdaus Habib Ahmad yang dipercayai telah pulang ke Malaysia sejak 21 Ogos lalu.

Pemimpin terbabit sebelum ini berada di Makkah bersama beberapa pengikutnya tetapi telah diarahkan pulang ke Malaysia oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Lapor Berita Harian, Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, Habib Shah Firdaus diminta tampil secepat mungkin bagi siasatan lanjut serta urusan membatalkan amalan tarekat dibawanya kerana bercanggah dengan syarak.

“Memang hasil siasatan awal Jabatan Mufti Negeri Sembilan mendapati pengamalan yang dilakukan Habib Shah Firdaus bertentangan dengan hukum syarak, disebabkan itu arahan menutup pusat pengamalan tarekat berkenaan di Labu, Seremban, dikeluarkan sejak 3 Ogos lalu.

“Kita mahu beliau tampil untuk menyatakan pendiriannya sendiri, terutama berhubung kenyataan dan dakwaannya bahawa Imam Mahdi akan muncul pada Hari Arafah tahun ini,” katanya.

Setakat ini usaha menghubungi Habib Shah Firdaus masih gagal kerana nombor telefon yang digunakan tidak ada maklum balas. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading