Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RATU ELIZABETH II KINI DI BAWAH PEMANTAUAN KESIHATAN

DUNIA

RATU ELIZABETH II KINI DI BAWAH PEMANTAUAN KESIHATAN

Kenyataan dari Istana Buckingham hari ini menyatakan doktor yang merawatnya menasihatkan agar baginda diletakkan dalam pemantauan susulan tahap kesihatannya ketika ini.

BALMORAL: Ratu Elizabeth II dilaporkan kini berada di bawah pemantauan kesihatan.

Kenyataan dari Istana Buckingham hari ini menyatakan doktor yang merawatnya menasihatkan agar baginda diletakkan dalam pemantauan susulan tahap kesihatannya ketika ini.

“Berikutan penilaian lanjut pagi ini, doktor yang merawat ratu prihatin dengan keadaan kesihatan baginda dan telah menasihatkan ratu agar diletakkan di bawah pemantauan kesihatan,” katanya.

Baginda kini berada di Istana Balmoral di Scotland.

Menurut laporan berita antarabangsa, anggota kerabat diraja bergegas untuk berada di bersama baginda selepas dimaklumkan perkara berikut.

Sebelum ini, Ratu Elizabeth menghidap ‘episodic mobility problems’ sejak hujung tahun lalu.

Putera sulung baginda dan pewaris takhta, Putera Charles dan isteri, Camilla dikhabarkan berangkat ke Istana Balmoral, istana yang dihuni bersama putera sulungnya, Putera Wiliam.

Semalam, baginda membatalkan mesyuarat secara maya dengan menteri kanan selepas disyorkan doktornya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading