Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENCARIAN MH370 KEMBALI DITERUSKAN DI LAUTAN HINDI

DALAM NEGARA

PENCARIAN MH370 KEMBALI DITERUSKAN DI LAUTAN HINDI

SYDNEY: Hampir 11 tahun selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih menjadi misteri, usaha pencarian baharu diteruskan di Lautan Hindi, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan media pada Selasa.

Gambar arkib Misi Pencarian MH370. — AFP

SYDNEY: Hampir 11 tahun selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih menjadi misteri, usaha pencarian baharu diteruskan di Lautan Hindi, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan media pada Selasa.

Dalam beberapa minggu akan datang, syarikat teknologi berpangkalan di Amerika Syarikat dan United Kingdom, Ocean Infinity akan mengerahkan kapal pencarian Armada 78 06 serta  autonomous underwater vehicles(AUV) untuk mengimbas dasar laut bagi mencari sebarang kesan pesawat Boeing 777 yang hilang itu, menurut laporan beberapa media termasuk penyiar Australia 9 News dan akhbar British The Telegraph

Pencarian akan tertumpu di kawasan seluas kira-kira 15,000 kilometer persegi, dengan tumpuan khusus pada empat lokasi utama yang dikenal pasti sebagai kawasan paling berpotensi—terletak sekitar 1,500 kilometer dari pesisir Perth, Australia.

Syarikat itu, yang pernah terlibat dalam misi pencarian pada 2018 namun tidak berjaya, telah menandatangani kontrak “no find, no fee” dengan kerajaan Malaysia, lapor 9 News. 

Pesawat Malaysia Airlines itu hilang daripada radar selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 dengan 239 penumpang dan anak kapal. Ia sepatutnya menuju ke Beijing tetapi menyimpang daripada laluan penerbangan, berdasarkan data radar dan satelit. 

Penyiasat percaya pesawat itu terhempas di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Sehingga kini, hanya serpihan bangkai pesawat dihanyutkan di pelbagai pantai, manakala bahagian utama pesawat, penumpang serta perakam data penerbangan masih belum ditemukan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading