KPN, JPM SIASAT DAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP INDIVIDU SEBAR AGAMA LAIN KEPADA UMAT ISLAM
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk menyiasat serta mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat dalam aktiviti penyebaran agama lain kepada umat Islam di Kuala Lumpur.
PUTRAJAYA: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk menyiasat serta mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat dalam aktiviti penyebaran agama lain kepada umat Islam di Kuala Lumpur.
Dalam kenyataan bersama Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar hari ini berkata Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK HARMONI) membantah aktiviti berkenaan kerana ia melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
“Tindakan seumpama ini mampu mencetuskan kebimbangan masyarakat terhadap keselamatan, keharmonian dan perpaduan antara pelbagai komuniti di Malaysia.
“Malaysia terkenal dengan kepelbagaian budaya dan agama, malah amat menekankan pentingnya sikap saling menghormati serta hidup bersama dalam suasana aman damai,” katanya.
Kedua-dua menteri itu turut senada memaklumkan sebarang aktiviti yang menjejaskan ketenteraman awam serta kesejahteraan bersama harus dihentikan serta-merta, dan menggesa orang ramai agar tidak terpengaruh kegiatan seumpama itu dengan melaporkan sebarang kejadian mencurigakan kepada pihak polis.
Aaron berkata KPN melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan meningkatkan aktiviti pemantauan oleh Skim Rondaan Sukarela (SRS) di seluruh negara terutamanya di Lembah Klang.
“Ini adalah bagi memperkukuh keselamatan dan keharmonian komuniti di seluruh negara, dan ia selari dengan tujuan utama penubuhan SRS iaitu membantu pihak berkuasa membendung kegiatan jenayah dan gejala di kawasan komuniti setempat,” katanya.
Sementara itu, Mohd Na’im berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan sentiasa memainkan peranan dalam memberi nasihat dan bimbingan kepada umat Islam mengenai kepentingan menjaga akidah selaras dengan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan nilai hormat, ihsan dan kesejahteraan bersama.
Aaron dan Mohd Na’im menyeru semua pihak agar menjaga keharmonian dan menghormati nilai-nilai budaya serta agama yang telah lama menjadi asas kehidupan bersama rakyat negara ini.
“Kami berharap peristiwa seumpama ini tidak berulang dan tindakan tegas akan diambil bagi memastikan kelangsungan perpaduan nasional,” katanya.
Baru-baru ini tular video mengenai dua warga asing yang berkunjung dari rumah ke rumah di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Maju untuk menyebar agama kepada umat Islam sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk di PPR berkenaan.
Susulan itu, JAKIM dalam kenyataan semalam menggesa pihak yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti itu agar segera membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan sebagai iktibar kepada semua pihak. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests