Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENDAFTARAN SUKARELAWAN SUKAN SEA MASIH DIBUKA

DALAM NEGARA

PENDAFTARAN SUKARELAWAN SUKAN SEA MASIH DIBUKA

sea games2 KUALA LUMPUR, 25 Jun – Malaysia selaku tuan rumah penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Para Asean Kesembilan tahun depan menerima lebih 50,000 pendaftaran sukarelawan sejak dilancarkan 15 Nov tahun lalu. Sekretariat Sukan SEA ke-29 dan Para ASEAN ke-9 (MASOC) bagaimanapun hanya memerlukan 20,000 sukarelawan sahaja bagi penganjuran dua temasya tersebut yang turut dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017. MASOC akan memaklumkan pemohon yang berjaya untuk menghadiri bengkel latihan sukarelawan pada September ini. Ketua Pegawai Eksekutif MASOC Datuk Seri Zolkples Embong berkata orang ramai yang berminat masih boleh mendaftar dan perlu mengisi borang permohonan sukarelawan yang lengkap di http://www.kualalumpur2017.com.my. “Kami merasa teruja apabila rakyat Malaysia memberi reaksi yang baik dan menyahut panggilan untuk tampil ke hadapan dalam menawarkan perkhidmatan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini. Zolkples berkata bakal sukarelawan perlu memenuhi keperluan MASOC, mempunyai minat serta kelapangan dalam menjalani kerja sukarelawan itu nanti. Pelbagai bidang boleh dipilih oleh sukarelawan seperti pelaksanaan tugas am dan tugasan sebagai pegawai perhubungan mahupun membantu dalam majlis penyampaian hadiah. Sukarelawan juga diberi peluang untuk memilih bidang sukan yang diminati untuk menawarkan perkhidmatan mereka, namun keputusan muktamad terletak pada MASOC. BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading