PENDIRIAN PM ANWAR MENGENAI GAZA TARIK SOKONGAN INDIVIDU BERPENGARUH
BERLIN: Kritikan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim terhadap kurangnya tindakan negara Barat terhadap kekejaman Israel di Gaza meraih sokongan individu berpengaruh dalam pelbagai bidang di seluruh dunia.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Bernama
BERLIN: Kritikan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim terhadap kurangnya tindakan negara Barat terhadap kekejaman Israel di Gaza meraih sokongan individu berpengaruh dalam pelbagai bidang di seluruh dunia.
Bekas bintang ragbi All Blacks, Sonny Bill Williams dalam hantarannya di laman X berkata sejarah tidak boleh dilupakan apabila membincangkan isu.
“Tetapi saya sudah tentu tidak dapat menerima hakikat apabila anda membincangkan isu, kita hanya terhad kepada satu kejadian tertentu yang melupakan ribuan dan ribuan mangsa dari NAKBA (malapetaka besar) 1947-48,” catatnya.
“Masya-Allah @anwaribrahim bercakap fakta,” kata bekas pemain ragbi yang memenangi Piala Dunia dua kali bersama New Zealand pada 2011 dan 2015.
Anwar menarik perhatian antarabangsa apabila beliau mengkritik negara Barat semasa sidang media bersama Canselor Jerman Olaf Scholz di Berlin pada 11 Mac, kerana kurangnya tindakan mereka terhadap kekejaman Israel di Gaza.
Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan enam hari ke Jerman, mempersoalkan kemanusiaan Barat dan mengutuk sikap “selektif” dan “ambivalen” mereka terhadap konflik itu.
Wartawan warga British-Amerika yang terkenal Mehdi Hasan berkata Anwar kini mewakili suara majoriti rakyat dunia yang mempertahankan hak warga Palestin.
“Kami telah mencapai satu tahap iaitu perdana menteri Malaysia @anwaribrahim kini bercakap untuk majoriti rakyat dunia dan bukan pemimpin Eropah atau Barat,” dalam hantaran di X.
Wartawan Perancis Arnaud Betrand, @RnaudBertrand, berkongsi klip yang sama mengenai pendirian Anwar, menyifatkannya sebagai, “mesti tonton, amat memuaskan,” sambil memuji tindakan perdana menteri.
Betrand turut berkongsi petikan Anwar yang Perdana Menteri menyatakan bahawa penyelesaian tidak boleh dicapai dengan bersikap berat sebelah, dari segi hanya melihat satu isu tertentu dan memadam 60 tahun kekejaman.
Penyanyi dan penulis lagu terkenal Sweden berketurunan Lubnan Maher Zain, @MaherZain, mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerusi ciapan di Twitter, “Terima kasih Perdana Menteri @anwaribrahim” atas keberaniannya.
Ahli politik dan pengarang Portugis, Bruno Macaes @MacaesBruno dalam hantarannya di X:
“Debat yang menakjubkan di Berlin antara Scholz dan Anwar Ibrahim. Kita hidup dalam dunia baharu. Jerman tidak mendapat “mesej”. Percanggahan dalam pengucapan awam juga ketara.
Anwar berkata dasar Israel selama berdekad-dekad terhadap rakyat Palestin dan kekejamannya adalah punca konflik yang berterusan.
Lebih 31,000 nyawa terkorban sejak permulaan perang Israel ke atas Gaza hampir lima bulan lepas. — AlHijah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager