Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Penduduk Jakarta saman kerajaan kerana pencemaran udara

DUNIA

Penduduk Jakarta saman kerajaan kerana pencemaran udara

Jakarta diselubungi udara tercemar sejak beberapa bulan lalu yang mengandungi partikel merbahaya.

JAKARTA, 5 Julai – Penduduk Jakarta memfailkan saman terhadap kerajaan Indonesia berhubung paras pencemaran udara yang menyelubungi bandar raya itu.

Jakarta diselubungi udara tercemar sejak beberapa bulan lalu, dengan bacaan kualiti udara merekodkan kandungan partikel mikroskopik berkepekatan tinggi yang merbahaya dikenali sebagai PM2.5.

Bosan dengan pencemaran udara yang semakin buruk, sekumpulan 31 penduduk bertindak menyaman Presiden Joko Widodo (Jokowi) dan juga Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan, Kementerian Kesihatan dan Gabenor Jakarta.

Plaintif, termasuk aktivis, pekerja pejabat dan pemandu teksi motosikal mahu membangkitkan kesedaran mengenai isu itu dan memaksa kerajaan untuk bertindak.

“Kerajaan telah menafikan hak rakyat untuk mendapatan udara yang sihat,” kata peguam Nelson Nikodemus Simamora kepada pemberita ketika memfailkan saman itu.

“Mereka tidak menjaga kualiti udara pada tahap yang selamat untuk 10 juta penduduk di sini.”

Sinar Harian yang memetik laporan AFP menyebutkan pencemaran udara itu menyaksikan Jakarta disenaraikan sebagai antara bandar raya paling teruk tercemar di dunia sejak beberapa bulan lalu.

Situasi itu turut menyebabkan penduduk terpaksa memakai topeng muka dan mencetuskan kritikan di media sosial.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading