Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Pulau ‘gempa bumi’ ditelan Lautan Hindi

DUNIA

Pulau ‘gempa bumi’ ditelan Lautan Hindi


Gambar satelit menunjukkan pulau itu yang terbentuk kira-kira enam tahun lalu mula tenggelam menerusi imej diambil pada April lalu.

ISLAMABAD – Sebuah pulau kecil yang terbentuk akibat gempa bumi di luar pantai Pakistan tenggelam semula di Lautan Hindi akibat hakisan secara berperingkat daripada fenomena air pasang.

Pembentukan Zalzala Koh berukuran 90 meter tinggi dan 40 meter panjang itu terhasil enam tahun lalu selepas gempa 7.7 magnitud berpunca daripada letusan gunung berapi lumpur di dasar laut yang menggegar wilayah Baluchistan dan meragut 825 nyawa.

Imej dikeluarkan Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA) menunjukkan ia masih boleh dilihat walaupun berada di bawah air.

Menurut ahli geologi di Pusat Pemerhati Geologi Amerika Syarikat (USGS), Bill Barnhart yang mengkaji gempa bumi di Pakistan dan Iran pada tahun 2013, pulau itu adalah timbunan besar lumpur dari dasar laut yang ditolak ke permukaan.

Ia terbentuk daripada pelbagai sedimen dan serpihan yang disebabkan oleh penenggelaman plat Arab di bawah plat Eurasia.

Sebelum ini, kawasan itu telah menjadi tarikan pelancong dan penduduk tempatan walaupun ia mengeluarkan gas mudah terbakar yang dibebaskan daripada rekahan pulau tersebut.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading