Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PENDUDUK NEW YORK GEMPAR KREN TERBAKAR, TUMBANG

DUNIA

PENDUDUK NEW YORK GEMPAR KREN TERBAKAR, TUMBANG

Komponen daripada sebuah kren pembinaan tumbang dan terkena bangunan bersebelahan sebelum serpihan konkritnya jatuh ke jalan raya, dalam kejadian di Midtown Manhattan, New York, semalam.

NEW YORK: Komponen daripada sebuah kren pembinaan tumbang dan terkena bangunan bersebelahan sebelum serpihan konkritnya jatuh ke jalan raya, dalam kejadian di Midtown Manhattan, di sini semalam.

Kren yang runtuh kira-kira jam 7.30 pagi semalam waktu tempatan mencederakan enam orang, termasuk dua anggota bomba.

Timbalan Ketua Bomba New York City Joseph Pfeifer berkata, kejadian berlaku apabila kren berkenaan sedang mengangkat 16 tan konkrit sebelum kabelnya menjadi tidak stabil lalu mencetus kebakaran.

Pengendali kren itu juga memaklumkan dia cuba untuk memadamkan kebakaran itu namun api terus menyambar hingga dia terpaksa meninggalkan kren tersebut.

“Pengendali kren dapat keluar dengan selamat. Siasatan lanjut sedang dijalankan pihak kami,” katanya.

Sementara itu, pegawai Majlis Perbandaran Manhattan memaklumkan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah yang berlaku.

Terdahulu tular beberapa rakaman video memaparkan aksi dramatik bahagian kren itu melanggar bangunan kaca pencakar langit di seberang jalan sebelum mencetuskan panik penduduk yang kemudiannya lari menyelamatkan diri daripada serpihan yang jatuh.

Pada 2016, sebuah kren tumbang di Lower Manhattan semasa angin kencang dan salji hingga meragut satu nyawa.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading