Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA LELAKI MAUT MOTOSIKAL TERBABAS SEBELUM DIGILIS

DALAM NEGARA

TIGA LELAKI MAUT MOTOSIKAL TERBABAS SEBELUM DIGILIS

Tiga lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabas sebelum digilis oleh kenderaan lain di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran sebuah pasar raya di Tampoi, hari ini.

Sumber Gambar: Media Sosial

JOHOR BAHRU: Tiga lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabas sebelum digilis oleh kenderaan lain di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran sebuah pasar raya di Tampoi, di sini hari ini.

Motosikal itu dipercayai terbabas sendiri sebelum digilis empat buah kenderaan yang tidak sempat mengelak.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya mendapat maklumat bahawa ketiga-tiga mangsa tidak memakai topi keledar dan menaiki satu motosikal dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Skudai.

“Ketiga-tiga mangsa berusia lingkungan 30-an, malah pengenalan diri mereka masih belum dikenal pasti, katanya ketika dihubungi.

“Dua daripada mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa maut dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, pemandu empat buah kenderaan yang menggilis kesemua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Polis tidak menolak kemungkinan ketiga-tiga mangsa dalam keadaan mabuk ketika menunggang motosikal.

Bagaimanapun siasatan masih dijalankan oleh pihak polis.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading