Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ELAK GUNA LALUAN ALTERNATIF DI JALAN PINTAS TAMAN BAYAN – POLIS

DALAM NEGARA

ELAK GUNA LALUAN ALTERNATIF DI JALAN PINTAS TAMAN BAYAN – POLIS

Orang ramai diminta mengelak daripada menggunakan laluan alternatif di Jalan Pintas Taman Bayan, Batang Kali-Ulu Yam Bharu, Hulu Selangor, berikutan tiga kes samun bersenjatakan parang yang dilaporkan berlaku di kawasan itu.

KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta mengelak daripada menggunakan laluan alternatif di Jalan Pintas Taman Bayan, Batang Kali-Ulu Yam Bharu, Hulu Selangor, dekat sini, ketika ini berikutan tiga kes samun bersenjatakan parang yang dilaporkan berlaku di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata kes samun berkenaan dilapor berlaku pada 15 Okt 2022 serta 21 dan 25 Jun tahun ini yang menyasarkan pengguna jalan raya yang melalui laluan itu khususnya dalam kalangan warga emas.

“Suspek yang masih bebas merupakan seorang lelaki tempatan yang menggunakan motosikal dan bersenjatakan parang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat.

Pada masa yang sama, katanya polis turut menggandakan usaha untuk mengesan dan menahan suspek selain mempertingkatkan rondaan di laluan itu.

Ahmad Faizal meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-6065 1021 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading