Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI RENTUNG DALAM KERETA

DALAM NEGARA

LELAKI RENTUNG DALAM KERETA

Seorang lelaki ditemukan mati rentung dalam sebuah kenderaan terbakar di kawasan parkir di Putra Square, Kuantan, pagi tadi.

KUANTAN: Seorang lelaki ditemukan mati rentung dalam sebuah kenderaan terbakar di kawasan parkir di Putra Square, di sini pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Pahang Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.58 jam pagi.

Katanya, insiden melibatkan sebuah kenderaan yang terbakar di tempat parkir berhadapan premis perniagaan di lokasi kejadian.

“Anggota bomba melakukan operasi pemadaman namun kenderaan itu telah terbakar 90 peratus.

“Seorang lelaki didapati berada di tempat duduk pemandu dalam keadaan melecur hampir seluruh badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh petugas Kesihatan (KKM) sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading