Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KONSEP PAYUNG RAHMAH TERUS DIPERKUKUH, PERJUANGAN SALAHUDDIN PEMBAKAR SEMANGAT – PM

DALAM NEGARA

KONSEP PAYUNG RAHMAH TERUS DIPERKUKUH, PERJUANGAN SALAHUDDIN PEMBAKAR SEMANGAT – PM

“Semua yang mengenali beliau amat terkesan sekali dengan pemergian tokoh hebat ini. Kerja keras dan kesungguhan beliau dalam menangani beban sara hidup rakyat akan menjadi pembakar semangat untuk kita semua melakukan yang terbaik untuk Malaysia tercinta,” kata beliau.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Konsep Payung Rahmah akan terus diperkukuh bagi menangani cabaran kos sara hidup, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata inisiatif cetusan idea Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub itu akan menjadi pembakar semangat kepada Kerajaan Perpaduan untuk melakukan yang terbaik demi negara.

“Semua yang mengenali beliau amat terkesan sekali dengan pemergian tokoh hebat ini. Kerja keras dan kesungguhan beliau dalam menangani beban sara hidup rakyat akan menjadi pembakar semangat untuk kita semua melakukan yang terbaik untuk Malaysia tercinta,” kata beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan antara jemaah menteri yang hadir ialah Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Anwar berkata konsep Payung Rahmah adalah antara inisiatif sasaran jangka pendek dalam Ekonomi MADANI, telah digerakkan bagi menangani isu-isu segera yang mengesankan rakyat.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada Ahad lepas selepas ditidurkan susulan pembedahan akibat pendarahan otak.

Selama hayatnya, Salahuddin amat komited dalam memperjuangkan nasib rakyat terutama berkaitan kos sara hidup.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading