Penduduk Palestin bantah Persidangan Manama

Rakyat Palestin berhimpun membantah Persidangan Manama – Foto Haluan Palestin

GAZA — Ribuan penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat semalam melancarkan mogok umum dan mengadakan perhimpunan bagi membantah Persidangan Manama yang berlangsung dari 25 hingga 26 Jun, membincangkan “rancangan damai” yang dikemukakan oleh Presiden Amerika, Donald Trump.

Haluan Palestin melaporkan penduduk Palestin berhimpun di kota-kota besar termasuk Ramallah, Tulkarem, al-Khalil, Yatta, Halhoul, Nablus, Jenin dan Beit Lahm, sambil mengibarkan bendera Palestin dan membawa sepanduk mengecam persidangan di ibukota Bahrain itu.

Rancangan yang diwar-warkan sebagai “persefahaman abad ini” itu merupakan percubaan untuk mengelabui permasalahan sebenar Asia Barat, khususnya Palestin, dengan mengemukakan pakej bantuan ekonomi dan sosial sedangkan pada masa yang sama tidak memperdulikan masalah asasi berkaitan penjajahan, penindasan dan pencabulan hak penduduk Palestin.

Dalam persidangan tersebut Penasihat Kanan Amerika, Jared Kushner, dijangka membentangkan rancangan pembangunan ekonomi bernilai US$50 bilion “bagi menyelesaikan permasalahan Palestin.”

Leave a Reply