Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENDUDUK PALESTIN MUNGKIN DISEKAT MEMASUKI MASJID AL-AQSA SEPANJANG RAMADAN

DUNIA

PENDUDUK PALESTIN MUNGKIN DISEKAT MEMASUKI MASJID AL-AQSA SEPANJANG RAMADAN

Kerajaan negara haram Israel akan menyekat penduduk Palestin yang tinggal di Israel dan Baitulmaqdis daripada memasuki Masjid al-Aqsa sepanjang bulan Ramadan yang akan datang.

Sumber Gambar: AFP

TEL AVIV: Kerajaan negara haram Israel akan menyekat penduduk Palestin yang tinggal di Israel dan Baitulmaqdis daripada memasuki Masjid al-Aqsa sepanjang bulan Ramadan yang akan datang.

Dilaporkan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah bersetuju dengan cadangan Menteri Keselamatannya, Itamar Ben-Gvir, walaupun agensi keselamatan negaranya, Shin Bet, memberi amaran bahawa sekatan itu boleh meningkatkan kemarahan rakyat Palestin.

“Walaupun diberi amaran daripada Shin Bet mengenai potensi gangguan antara penduduk Palestin di dalam Israel dan polis Israel, Netanyahu bersetuju menerima cadangan daripada Menteri Keselamatan Negara, Itamar Ben-Gvir untuk mengehadkan akses umat Palestin ke Masjid Al-Aqsa pada bulan Ramadan yang akan datang,” lapor media Israel.

Pentadbiran Netanyahu akan membuat keputusan rasmi berkenaan perkara itu dalam beberapa hari akan datang.

“Kemasukan umat Palestin ke Masjid Al-Aqsa pada bulan Ramadan akan dihadkan,” lapor media di Israel yang memetik sumber tidak dikenali.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading