Operasi yang memasuki hari kedua disertai oleh 64 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi keselamatan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
KUALA TERENGGANU: Khidmat dua ekor anjing pengesan digunakan hari ini dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Batu Buruk, di sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata dua anjing itu dibawa untuk mengesan mangsa, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, dengan melakukan kaedah pencarian di kawasan tepi pantai.
Beliau berkata operasi yang memasuki hari kedua disertai oleh 64 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi keselamatan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Operasi turut dibantu unit Pangkalan Udara JBPM Subang yang tiba 10 pagi tadi.
“Pencarian di kawasan pesisir pantai diperluas ke kawasan sepanjang lima kilometer iaitu dari lokasi kejadian hingga ke muara Kuala Ibai.
“Rondaan di kawasan darat dijalankan dari pagi semalam hingga ke pagi ini tanpa henti manakala kerja-kerja selaman pula terpaksa dihentikan pada 6 petang semalam kerana faktor cuaca dan ombak yang tinggi,” katanya kepada pemberita di pantai berkenaan di sini hari ini.
Sebagai tambahan, katanya unit dron dari APM dan ibu pejabat JBPM Putrajaya juga akan tiba pagi ini untuk melakukan pemantauan menggunakan peralatan berkenaan di lokasi-lokasi tertentu.
“Kami juga telah menghubungi ibu pejabat untuk mendapatkan bantuan daripada BBP Marang untuk melakukan rondaan di sekitar Pantai Pandak bagi meluaskan usaha pencarian.
Semalam Zulkarnain yang berasal dari Kuala Lumpur dilaporkan hilang di pantai itu dipercayai dibawa arus ombak ketika berjalan-jalan di tepi pantai.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager