PENDUDUK TERTEKAN, BEKALAN AIR HANYA DARI TENGAH MALAM HINGGA 3 PAGI
Gangguan bekalan air sejak setahun lalu di Felda Pancing Utara dekat Kuantan menjejaskan kehidupan serta aktiviti kira-kira 200 penduduk di kawasan berkenaan.
KUANTAN: Gangguan bekalan air sejak setahun lalu di Felda Pancing Utara dekat Kuantan menjejaskan kehidupan serta aktiviti kira-kira 200 penduduk di kawasan berkenaan.
Mengakui tertekan dengan situasi itu, penduduk mendakwa bekalan air hanya ada selepas lewat tengah malam hingga jam 3 pagi yang menyebabkan aktiviti pada sebelah siang terbatas.
Menurut Bilal Surau As-Sajiddin di Felda Panching Utara, Norazian Md Ali, 52, gangguan bekalan air di kawasan itu menyukarkan orang ramai yang hadir untuk solat berjemaah di surau.
“Kita tiada kolah untuk berwuduk di surau ini. Apabila tiada air, bermakna surau ini tak berfungsi sebab orang akan berpandu kepada kita punya azan, bila tiada azan penduduk cuma fikir dua, sama ada tiada air atau tiada api,” ujarnya.
Bagi Kamariah Mohamad, 67, dia berharap perkara itu dapat diselesaikan segara kerana ia sudah berlarutan sekian lama.
Kamariah yang menghidap penyakit saraf hanya mengharapkan bantuan suami dan anak-anak untuk menyimpan bekalan air.
“Minta tolong sangat-sangat selesaikan masalah ini. Bila tiada air sukar bila keluarga berkumpul terutama waktu cuti sekolah atay hari raya.
“Dengan masalah kesihatan yang saya hadapi, kita amat harap ada pihak yang akan lihat masalah ini,” katanya.
Sementara itu, aduan dan laporan penduduk itu sudah sampai kepada pengetahuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Mohd Tarmizi Yahaya dan beliau telah turun meninjau masalah yang dihadapi penduduk.
Beliau berpendapat, pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) perlu mencari jalan penyelesaian panjang terhadap perkara itu dan tidak hanya menghantar lori tangki untuk membekalkan air kepada penduduk.
“Saya harap sangatlah pihak berkuasa supaya dapat ambil tindakan yang segera kalau sekadar hantar lori tangki air sahaja tidak selesai masalah,
“Perlu selesaikan masalah kenapa penduduk sekian lama tidak ada penyaliran air yang baik? Ini menyukarkan kehidupan ataupun aktiviti penduduk setiap hari,” katanya.
— AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.