Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH DITEMUKAN MAUT DISYAKI DIBUNUH, TUKANG KEBUN DITAHAN

DALAM NEGARA

PENGAWAL KESELAMATAN SEKOLAH DITEMUKAN MAUT DISYAKI DIBUNUH, TUKANG KEBUN DITAHAN

IPOH: Polis menahan seorang tukang kebun sekolah yang disyaki terlibat dengan satu kes bunuh seorang pengawal keselamatan di Bandar Sri Botani di sini yang ditemukan maut di dalam pondok pengawal sekolah berkenaan awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata dalam kejadian semalam, polis menerima panggilan pada pukul 3.34 pagi mengenai seorang lelaki berusia 43 tahun ditemukan tidak sedarkan diri bersandar di dinding pondok pengawal keselamatan sekolah itu.

“Lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh petugas ambulans dari hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu beliau berkata polis menahan seorang lelaki berusia 55 tahun yang merupakan tukang kebun sekolah berkenaan dan merampas senjata yang disyaki digunakan suspek bagi membantu siasatan.

Yahaya berkata hasil bedah siasat terhadap mayat menunjukkan punca kematian pengawal keselamatan itu adalah kecederaan  di bahagian abdomen akibat objek tumpul, dan kes yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading