Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERETA TERBAKAR DALAM KEMALANGAN, PEMANDU MAUT

DALAM NEGARA

KERETA TERBAKAR DALAM KEMALANGAN, PEMANDU MAUT

Sumber Gambar: Media Sosial

IPOH: Seorang pemandu maut apabila kenderaan yang dipandunya terbakar selepas melanggar sebuah tembok batu dalam kemalangan di Plaza Tol Lekir, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan lewat malam semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.25 malam dan setibanya jentera di lokasi kejadian, sebuah kereta Toyota SE didapati sedang terbakar.

“Seorang mangsa terperangkap di dalam kenderaan dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mangsa yang rentung dan tidak dikenali telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta dari arah Changkat Cermin menghala ke Teluk Intan itu dipercayai hilang kawalan di tempat kejadian lalu terbabas dan merempuh tembok batu plaza tol berkenaan.

Mayat yang rentung dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik Insp Muhammad Asyraf Henry Philip di talian 016-5572540.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading