Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar bercakap pada sidang media selepas mengadakan lawatan dan sesi ramah mesra ke Unit Proses Visa Haji bagi meninjau persiapan pengurusan visa jemaah haji musim 1446H/2025M di Menara TH Tun Razak malam tadi. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Proses pengeluaran visa bagi jemaah haji Malaysia musim 1446 Hijrah/2025 Masihi yang dikendalikan Lembaga Tabung Haji (TH) kini mencapai 45 peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Beliau berkata pengeluaran visa berkenaan adalah sebahagian daripada proses tahunan yang dilaksanakan TH bagi memastikan kelancaran persiapan operasi haji tahun ini.
“TH juga sudah bersedia sepenuhnya dengan persiapan hampir 100 peratus. Tahun ini, TH membawa seramai 632 petugas haji yang terdiri daripada petugas kebajikan, perubatan dan wakil agensi luar yang terbabit,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan sesi ramah mesra ke Unit Proses Visa Haji bagi meninjau persiapan pengurusan visa jemaah haji musim ini.
Turut hadir, Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Syed Hamadah Syed Othman.
Dalam pada itu, Mohd Na’im merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi atas kecekapan dalam pengeluaran visa serta penambahbaikan sistem kad Nusuk.
“Ia satu pengiktirafan besar daripada Kerajaan Arab Saudi terhadap kecekapan sistem pengurusan haji negara, hasil hubungan erat dan strategik antara TH dan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi,” katanya.
Beliau berkata Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang akan mengagihkan kad Nusuk kepada jemaah haji di dalam negara sendiri bagi musim ini.
“Kad ini adalah penghargaan daripada Kerajaan Arab Saudi yang memberikan Malaysia keutamaan sebagai negara rintis dalam pengedaran kad Nusuk di dalam negara, selain laluan Makkah,” katanya.
Katanya kad berkenaan akan diagihkan kepada jemaah haji di Balai Berlepas Induk, Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA (MHCC), sebelum mereka bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Tanah Suci.
“Tahun lalu, kad Nusuk diserahkan di Makkah menjelang Wukuf, namun tahun ini ia diagihkan lebih awal bagi memudahkan pergerakan jemaah. Jika kita berjaya menguruskan agihan kad Nusuk dalam negara, inisiatif ini akan diperluaskan ke negara Islam lain.
“Insya-Allah, kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha TH untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah Malaysia,” katanya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests