PENGERUSI MKI SULTAN SELANGOR ZAHIR HASRAT TIDAK SAMBUNG TUGAS PENGERUSI MKI
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan hasrat untuk tidak menyambung tugas sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) selepas tempoh perkhidmatan baginda tamat pada 9 Mac ini.
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan hasrat untuk tidak menyambung tugas sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) selepas tempoh perkhidmatan baginda tamat pada 9 Mac ini.
Menurut kenyataan Selangor Royal Office dalam Facebook hari ini, Sultan Sharafuddin menyerahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk memilih pengerusi baharu dalam kalangan Raja Pemerintah agar kesinambungan fungsi dan aspirasi MKI akan dapat diteruskan pelaksanaannya dengan lebih baik.
Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih atas komitmen semua ahli mesyuarat serta wakil-wakil negeri serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku Sekretariat MKI atas pelaksanaan tugas yang efektif sehingga membolehkan semua mesyuarat MKI dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Sultan Sharafuddin mula menjalankan tugas sebagai Pengerusi MKI pada 10 Mac 2022 dan akan berakhir pada 9 Mac ini.
Dalam kenyataan sama memaklumkan baginda turut berkenan menerima menghadap Ketua Pengarah JAKIM merangkap Setiausaha MKI Hakimah Mohd Yusoff dan Sekretariat MKI.
Pada mesyuarat terakhir bersama jawatankuasa itu, baginda menzahirkan penghargaan dan rasa sukacita terhadap kerjasama yang diberikan oleh ahli-ahli Jawatankuasa dan Sekretariat sepanjang baginda memegang jawatan sebagai Pengerusi MKI.
Sultan Sharafuddin turut menyemak semua minit-minit mesyuarat lalu dan memastikan Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam yang ditubuhkan, menjalankan tugas yang diamanahkan.
“Baginda menegaskan bahawa sepanjang bertindak sebagai Pengerusi MKI, menjadi kewajipan baginda untuk sentiasa mengangkat dan mempertahankan syiar Agama Islam di Malaysia dalam setiap keputusan yang dibuat secara muzakarah,” menurut Selangor Royal Office.
Peraturan 2(1) Peraturan-Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia 2022 menetapkan Pengerusi MKI hendaklah dipilih daripada kalangan Raja Pemerintah oleh Raja-Raja dan hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua tahun dan boleh diperbaharui.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests