Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RAMADAN MENTADABBUR KEINDAHAN BERSAMA TV ALHIJRAH, 22 RANCANGAN SARAT NILAI ISLAM DISAJIKAN

DALAM NEGARA

RAMADAN MENTADABBUR KEINDAHAN BERSAMA TV ALHIJRAH, 22 RANCANGAN SARAT NILAI ISLAM DISAJIKAN

Bersempena bulan Ramadan yang bakal tiba, stesen penyiaran Islamik pertama di Malaysia, TV AlHijrah tampil menyajikan pelbagai program yang mendidik jiwa dengan ilmu, dakwah serta hikmah.

Sumber Gambar: Berita AlHijrah

KUALA LUMPUR: Bersempena bulan Ramadan yang bakal tiba, stesen penyiaran Islamik pertama di Malaysia, TV AlHijrah tampil menyajikan pelbagai program yang mendidik jiwa dengan ilmu, dakwah serta hikmah.

TV AlHijrah pada tahun ini mengangkat tema “Ramadan Mentadabbur Keindahan” dengan menyiarkan sebanyak 22 rancangan istimewa sempena Ramadan kali ini.

Sumber Gambar: Berita AlHijrah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar mengajak masyarakat Malaysia khususnya penonton setia TV AlHijrah untuk bersama-sama melipat gandakan doa dan munajat agar dikurniakan nikmat iman dan Islam serta dijauhkan dari sifat kesombongan.

Jelasnya lagi, para penonton juga harus cakna dengan isu-isu kemanusiaan di samping kasih sayang dalam usaha untuk terus menyebarkan keindahan dalam kehidupan.

“Peranan TV AlHijrah sebagai salah sebuah agensi Hal Ehwal Islam di JPM (Hal Ehwal Agama) untuk memberikan pendidikan kemasyarakatan agar saling berkasih sayang serta bantu membantu sepanjang bulan mulia ini.

“Adalah menjadi hasrat JPM (Hal Ehwal Agama) untuk terus melihat stesen TV AlHijrah sebagai sebuah stesen terulung dalam menyebarkan nilai-nilai Islam yang rahmah serta mesej-mesej kerajaan khususnya agenda membangun Malaysia MADANI,” katanya dalam Sidang Media Kempen Ramadan TV AlHijrah 2024, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis yang sama Pengerusi TV AlHijrah Mohd Khair Ngadiron serta Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris.

Ujar Na’im, TV AlHijrah menjangkakan 7 juta tontonan pada Ramadan tahun ini selepas berjaya mencatatkan 6.4 juta tontonan pada Ramadan tahun lalu.

Penonton setia TV AlHijrah bakal disajikan dengan pelbagai program antaranya Apa Cerita Kome yang menampilkan Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias, Ihya Ramadan, Ibrah Ramadan, Camca Ramadan, Sembang Moreh, Peristiwa Ramadan, Ayat Riwayat Risalah Anbiya dan pelbagai lagi.

Selain itu, buat pertama kalinya, TV AlHijrah akan menyiarkan drama bersiri Arab 30 episod, Imam al-Syafie, yang memaparkan kisah perjalanan hidup seorang daripada empat tokoh imam mujtahid masyhur yang membangunkan empat mazhab fiqah terbesar dalam Islam.

Filem Imam, yang menampilkan Datuk M Nasir, Faizal Hussein dan Vanida Imran; dan filem Perjalanan Pertama menampilkan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar bakal bersiaran di TV AlHijrah pada Ramadan nanti.

“Kita mahu mendekati penonton-penonton baharu dengan segmen filem dan drama. Program agama tidaklah terhad kepada kuliah, forum dan tazkirah semata-mata,” ujar beliau.

TV AlHijrah terus mengukuhkan kerja dakwahnya dengan menyasarkan golongan muda untuk memahami serta menghayati al-Quran, dengan menyiarkan program Syahadah al-Furqan, Khatam Ramadan, Tadarus Quran@114 dan Kapsul Taranum Challenge.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading