Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGERUSI TABUNG HAJI PENERIMA TOKOH MA’AL HIJRAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 1446H

DALAM NEGARA

PENGERUSI TABUNG HAJI PENERIMA TOKOH MA’AL HIJRAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 1446H

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Utama sempena Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan bagi tahun 1446H.

Anugerah itu disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Di bawah kepimpinan Abdul Rashid, 77, TH telah berjaya menerima Anugerah Labbaittom dari kerajaan Arab Saudi bagi kategori kepuasan tertinggi dalam perkhidmatan pada 19 Jun 2024.

Beliau yang juga Pengasas Kumpulan RHB Bank, terlibat dalam kegiatan kemasyarakatan seperti wakaf pembangunan masjid dan pusat kebajikan bagi golongan asnaf.

Pada majlis yang berlangsung hari ini di Masjid Wilayah Persekutaun, Eksekutif Unit Outreach Hidayah Centre Foundation, Nur Ain Sumaiyah@Sumitra Valaitham turut diumum sebagai penerima Anugerah Khas Kategori Pendakwah.

Beliau juga merupakan pembimbing Kursus Intensif Fardu Ain (KIFA) mualaf di Kompleks Darul Hidayah, Jalan Sentul dan terlibat sebagai pasukan penyelidik bersama bagi kajian “Metode Interaksi Non Muslim dengan Al – Quran dan Tafsirannya” dan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Mualaf JAWI (2023-2025).

Nur Ain Sumaiyah , 32, adalah bekas penganut agama Hindu kemudian memeluk agama Islam pada usia 18 tahun dan mula berjinak-jinak mendalami ilmu agama Islam semenjak usia 8 tahun.

Sementara itu Anugerah Khas Kategori Korporat diberikan kepoda Pengurus Syarikat Mr Bentong World Trading, Hafiz Oon Jun Seong manakala Anugerah Khas Kategori Ilmuwan diberikan kepada Pensyarah Kanan Program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Dr Asmawati Muhamad.

Turut diumum pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan ialah Anugerah Khas Kategori Pengurusan Masjid yang diberikan kepada Pengerusi Masjid Zaid bin Haritsah iaitu Mohd Aizul Adnan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading