AGAMA, KAUM SERING DISALAH GUNA UNTUK MANFAAT KUMPULAN TERTENTU – PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setiap individu perlu mempunyai kefahaman yang lebih mendalam dan betul mengenai agama bagi memastikan ia mampu berfungsi secara positif serta inklusif untuk semua.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar kenangan ketika hadir pada Global MADANI Forum 2024 hari ini. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Dr Ali Muhyidddin Ali Al-Qaradaghi. — fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agama sering disalah guna untuk memanfaatkan kumpulan kecil tertentu akibat kejahilan atau salah faham.
Justeru itu, beliau berkata setiap individu perlu mempunyai kefahaman yang lebih mendalam dan betul mengenai agama bagi memastikan ia mampu berfungsi secara positif serta inklusif untuk semua.
“…. dengan pencerahan dan kefahaman yang lebih mendalam, kita boleh berbicara tentang MADANI, Islam dan Ketuanan Melayu… tanpa kefahaman mendalam, ia akan menjadi kupasan yang dangkal.
“Islam akan menjadi bahan yang meremehkan orang lain, tidak mengangkat martabat mereka dan kaum akan menjadi alasan bagi kelompok yang berkuasa atau bercita-cita tinggi untuk memperalat serta menakut-nakutkan supaya mereka boleh merampok sebanyak mungkin,” katanya ketika berucap pada Forum MADANI Global 2024 di sini.
Forum dua hari yang bertema ‘Catalysing The Next Civilisation Revival’ itu turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Perdana Menteri juga berkata konsep MADANI yang diperkenal oleh kerajaan pimpinan beliau mendukung prinsip keadilan serta keterangkuman kerana ia tidak boleh menjadi eksklusif untuk Malaysia yang merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan agama.
“Di kebanyakan negara termasuk Malaysia, atau Indonesia, atau Mesir, ia diterajui orang Islam kerana mereka membentuk majoriti namun penglibatan adalah terbuka untuk mereka yang memahami nilai-nilai kebebasan. Prinsip keadilan, kehormatan dan maruah untuk setiap rakyat,” katanya.
Menerusi hantaran di laman Facebook pula, Anwar berkata tumpuan kepada pembangunan ekonomi di Malaysia juga tidak seharusnya meminggirkan nilai-nilai kemanusiaan dan kerangka MADANI adalah bersepadu dengan menggabungkan elemen keadilan, kebebasan, nilai serta mementingkan kemakmuran ekonomi.
“(Ia juga) menyemangati idea dan cetusan nurani mantan Perdana Menteri Indonesia Bapak Mohammad Natsir yakni jangan membangun sambil meruntuhkan,” katanya.
Anwar turut berkongsi pengisian ucapan beliau pada Forum Global MADANI 2024 anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini.
Perdana Menteri juga berkata cabaran kini ialah menjelmakan idea MADANI dalam konteks realiti dengan mengambil kira kekuatan material dan keadaan sosiopolitik semasa.
Beliau berkata gerakan perubahan meratakan kefahaman seperti ini penting agar ia inklusif dan dirasakan oleh rakyat terbanyak.
“Justeru, saya zahirkan penghargaan kepada IKIM dan rakan strategiknya atas penganjuran program ini serta kepada semua pembentang dan peserta dari dalam serta luar negeri.
“Semoga ia bermanfaat dan mampu memberi pencerahan mengenai Malaysia MADANI yang kita dukung hari ini,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests