PENGGIAT SENI BERTANGGUNGJAWAB HASILKAN KARYA TIDAK BERTENTANGAN AKIDAH – MOHD NA’IM
KUALA LUMPUR: Penggiat industri perfileman dan drama tempatan perlu lebih bertanggungjawab dalam berkarya supaya bebas daripada unsur bertentangan akidah dan nilai Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
KUALA LUMPUR: Penggiat industri perfileman dan drama tempatan perlu lebih bertanggungjawab dalam berkarya supaya bebas daripada unsur bertentangan akidah dan nilai Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Mengulas isu paparan unsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam drama tempatan, beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan garis panduan yang jelas sebagai rujukan pihak produksi.
“Kalau dikatakan ada unsur LGBT dan memang jelas nilai bertentangan Islam, sepatutnya kita tidak bawa (hasilkan), apatah lagi ditayangkan semasa Ramadan, bulan mulia (kepada umat Islam).
“Apa nilai hendak kita bawa? sebab saya rasa drama juga memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak dan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program World #QuranHour 2025 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai sebuah drama yang ditayangkan di stesen televisyen berbayar tempatan yang mendapat kritikan ramai baru-baru ini kerana memaparkan unsur tidak bermoral.
Sementara itu, berhubung situasi di Gaza, Mohd Na’im menegaskan umat Islam perlu bersatu dan senada dalam mempertahankan hak rakyat Palestin seperti terkandung dalam surah As-Saff, iaitu surah pilihan pada edisi World #QuranHour kali ini.
Surah As-Saff, antara lain mengandungi seruan supaya umat Islam bersatu dan mencontohi semangat Hawariyyun, iaitu pembantu agama Allah dalam kalangan pengikut Nabi Isa A.S, dalam menyebarkan nilai-nilai al-Quran ke seluruh dunia.
“Umat Islam di seluruh dunia perlu bersatu bagaikan ‘bunyanun marsus’ iaitu satu binaan kukuh dalam memperjuangkan kebebasan rakyat Palestin daripada cengkaman zionis Israel,” katanya memetik kalimah yang disebut dalam surah tersebut.
Mohd Na’im berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk bacaan doa qunut nazilah selepas solat sunat Aidilfitri bagi mendoakan kesejahteraan saudara Islam di Gaza.
World #QuranHour 2025 yang memasuki edisi ke-10 berlangsung serentak di 313 lokasi melibatkan 79 negara.
Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menyertai program itu di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager