Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AIDILFITRI: KELUARGA DIBENAR LAWAT PENGHUNI PENJARA PADA HARI RAYA KETIGA, KEEMPAT

DALAM NEGARA

AIDILFITRI: KELUARGA DIBENAR LAWAT PENGHUNI PENJARA PADA HARI RAYA KETIGA, KEEMPAT

Keluarga penghuni penjara dibenar membuat lawatan sempena Aidilfitri tahun ini pada raya ketiga dan keempat bagi semua institusi penjara, Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Keluarga penghuni penjara dibenar membuat lawatan sempena Aidilfitri tahun ini pada raya ketiga dan keempat bagi semua institusi penjara, Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney.

Jabatan Penjara dalam kenyataan hari ini memaklumkan keutamaan lawatan diberikan kepada penghuni beragama Islam dan waktu lawatan bermula dari 8.15 pagi hingga 4.15 petang.

Pelawat diminta membawa kad pengenalan dan kad lawatan bagi memudahkan urusan selain tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman kepada penghuni manakala pemberian wang kepada penghuni tidak digalakkan memandangkan semua kemudahan asas telah disediakan oleh Jabatan Penjara.

“Sekiranya pelawat ingin memberi wang bagi tujuan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya, sila dapatkan resit rasmi PPT. 28 sebagai akuan penerimaan,” menurut kenyataan itu.

Bagi keluarga yang tidak dapat hadir secara fizikal, perjumpaan dalam talian akan diadakan dari 4 hingga 6 April ini sebagai alternatif untuk berkomunikasi dengan penghuni.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading