PENGURUSAN MAHKAMAH SYARIAH HENDAKLAH TERUS DIPERKASA, DITAMBAH BAIK – AGONG
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar pengurusan Mahkamah Syariah termasuk kedudukan hakim dan peguam syarie perlu terus diperkasa dan ditambah baik bagi menambah kewibawaan sistem perundangan Islam di negara ini.
BERA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah agar pengurusan Mahkamah Syariah termasuk kedudukan hakim dan peguam syarie perlu terus diperkasa dan ditambah baik bagi menambah kewibawaan sistem perundangan Islam di negara ini.
Selain itu, Seri Paduka Baginda bertitah Mahkamah Syariah juga mesti bijak menggunakan kuasa budi bicara dan sentiasa berlaku adil kepada semua pihak dalam membuat keputusan terutamanya di dalam menyelesaikan kes kekeluargaan dan jenayah syariah.
“Hakim-hakim syarie, pegawai mahkamah dan peguam syarie turut juga bertanggungjawab secara kolektif dalam memastikan prosiding mahkamah berjalan lancar.
Saya berharap agar lebih banyak usaha dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk memperkasakan institusi Mahkamah Syariah dan institusi Agama Islam yang lain,” titah Seri Paduka Baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Mahkamah Syariah Bera, yang turut menyaksikan keberangkatan paduka anakanda, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Panglima Raja Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.
Hadir sama Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Mohd Amran Mat Zain, Ketua Hakim Syarie Pahang Datuk Abdul Walid Abu Hassan dan mantan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketika bertitah, Al-Sultan Abdullah turut menyentuh mengenai Mahkamah Syariah yang merupakan institusi menegakkan keadilan berlandaskan perundangan Islam selain keberkesanan konsep Sulh atau pendamaian yang telah berupaya menyelesaikan kes kekeluargaan.
“Sebanyak 85 peratus daripada kes Sulh yang didaftarkan di mahkamah di seluruh negara sejak 2019 hingga 2022 telah berjaya diselesaikan secara damai menerusi prosiding Sulh tanpa proses perbicaraan,” titah Seri Paduka Baginda.
Menyentuh mengenai Mahkamah Syariah Bera yang telah siap dibina pada Jun 2016 dengan peruntukan sebanyak RM6.5 juta, Seri Paduka Baginda bertitah ia merupakan pengiktirafan kepada institusi Agama Islam dan bukti jelas kepada pembangunan syiar agama di Pahang.
“Majlis ini membawa pengertian yang bermakna kerana bangunan ini adalah merupakan mercu tanda kepada ketinggian institusi Mahkamah Syariah di negara ini. Saya percaya bangunan mahkamah di Bera ini bakal memainkan peranan besar dalam mentadbir undang-undang Islam khususnya di daerah ini,” titah Seri Paduka Baginda.
Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri selain semua pihak yang terlibat dalam pembangunan Mahkamah Syariah itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked