PENIAGA RUGI GERAI BAZAR RAMADAN ROSAK AKIBAT RIBUT
KOTA BHARU: Hujan lebat dan angin kencang yang melanda kira-kira 3 pagi tadi mengakibatkan kerosakan kepada lebih 20 daripada 60 khemah di bazar Ramadan berdekatan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, sekali gus menyebabkan puluhan peniaga mengalami kerugian.
Beberapa khemah yang dipasang oleh pihak penganjur bazar Ramadan Stadium, Kota Bharu mengalami kerosakan ekoran kejadian ribut 3 pagi ketika tinjauan di sini hari ini. — Bernama
KOTA BHARU: Hujan lebat dan angin kencang yang melanda kira-kira 3 pagi tadi mengakibatkan kerosakan kepada lebih 20 daripada 60 khemah di bazar Ramadan berdekatan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, sekali gus menyebabkan puluhan peniaga mengalami kerugian.
Cuaca buruk itu menyebabkan beberapa khemah menimpa gerai justeru membinasakan barangan dan peralatan perniagaan.
Tinjauan Bernama mendapati para peniaga sedang membersihkan kawasan berkenaan dan mengambil peralatan yang masih boleh digunakan sementara pihak pengurusan bazar melakukan kerja-kerja pembaikan khemah yang rosak.
Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini dan peniaga berharap cuaca baik selepas ini.
Penjual ayam goreng, Mohd Fadzil Hassan, 42, yang baru memulakan perniagaan tahun ini menyifatkan insiden itu sebagai cabaran yang tidak diduga.
“Saya datang pagi ini menjangkakan untuk berniaga seperti biasa tapi saya terkejut apabila mendapati khemah saya runtuh dan peralatan memasak rosak.
“Saya masih belum berjaya dapat semula modal dan ini pula berlaku. Ini kali pertama kejadian seperti ini berlaku di bazar Ramadan ini,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, penjual martabak Mohamad Naim Zainal, 38, berkata beliau hanya menyedari kejadian itu selepas melihat gambar dalam kumpulan WhatsApp.
“Saya bangun, periksa telefon dan melihat gambar khemah runtuh. Saya terkejut melihat gerai saya turut terjejas. Saya segera datang untuk menilai kerosakan,” katanya.
Mohamad Naim mendapati sebahagian khemahnya diterbangkan angin dan beberapa peralatan memasak rosak terkena air hujan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests