Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PENUNGGANG MOTOSIKAL LANGGAR DUA PELAJAR TAMPIL KE BALAI POLIS

DALAM NEGARA

PENUNGGANG MOTOSIKAL LANGGAR DUA PELAJAR TAMPIL KE BALAI POLIS

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah ketika dihubungi Berita Alhijrah berkata, pemuda berusia 26 tahun itu hadir ke Bahagian Trafik susulan kejadian pada jam 7.20 pagi semalam.

Penunggang motosikal yang melanggar dua murid sekolah rendah di hadapan sebuah sekolah di Permatang Tinggi, Pulau Pinang, tampil membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah ketika dihubungi Berita Alhijrah berkata, pemuda berusia 26 tahun itu hadir ke Bahagian Trafik susulan kejadian pada jam 7.20 pagi semalam.

Bagaimanapun tiada sebarang tangkapan dibuat.

Tambah Nik Aminuddin, kedua-dua murid terbabit hanya mengalami cedera ringan dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Dalam kejadian semalam, dua pelajar masing-masing berusia  lapan dan sembilan tahun  dilanggar ketika melintas di laluan pejalan kaki untuk ke sekolah.

Kejadian berkenaan tular menerusi satu video berdurasi 30 saat.

Kedua-dua mangsa pada mulanya melintas jalan sambil ditemani seorang lelaki dewasa.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan hanya memimpin mereka sehingga ke pertengahan jalan sebelum berpatah balik.

Ketika itu, sebuah motosikal tiba dan merempuh kedua-dua murid berkenaan.

Dalam video sama, penunggang motosikal dilihat berhenti seketika dan memberi penjelasan kepada pengawal keselamatan sekolah yang bergegas memeriksa keadaan mangsa.–AlhijrahOnline.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading