Connect with us

ALHIJRAH NEWS

ABANG PERDANA MENTERI, IDRUS IBRAHIM MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

ABANG PERDANA MENTERI, IDRUS IBRAHIM MENINGGAL DUNIA

Beliau menerima khabar duka itu ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

KUALA LUMPUR: Abang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Idrus Ibrahim meninggal dunia hari ini.

Anwar menerusi Facebook berkata, beliau menerima khabar duka itu ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

“Sukar untuk saya ungkapkan rasa kehilangan ini apabila seorang sosok yang berkongsi begitu banyak kenangan sepanjang perjalanan hidup kini telah tiada, dan hanya Allah SWT yang tahu betapa beratnya hati menerima kenyataan ini.

“Terkilan kerana tidak sempat berada di sisi pada saat-saat akhirnya, namun saya reda meski hati ini masih cuba menerima sebuah perpisahan yang tidak pernah kita bersedia untuk hadapi,” katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau berterima kasih atas segala kenangan dan kebaikan yang ditinggalkan dan semuanya akan kekal terpahat dalam ingatan dan hati.

“Mohon teman-teman titipkan doa buat Allahyarham Idrus Ibrahim, semoga Allah SWT mengampuni segala khilafnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh, Al-Fatihah”.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading