Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERSEPIT BAWAH KERETA

DALAM NEGARA

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERSEPIT BAWAH KERETA

Seorang penunggang motosikal maut selepas tersepit di bawah sebuah kereta dalam satu kemalangan di Jalan Utama Bandar Country Home, di sini awal pagi tadi.

RAWANG: Seorang penunggang motosikal maut selepas tersepit di bawah sebuah kereta dalam satu kemalangan di Jalan Utama Bandar Country Home, di sini awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta Perodua Axia dipandu seorang lelaki berusia 68 tahun dengan sebuah motosikal Honda EX5 ditunggang seorang lelaki berumur 30-an.

“Bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit kira-kira 10 minit menggunakan peralatan khas kemudian mayatnya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pemandu kereta terbabit dalam kemalangan sama tidak mengalami sebarang kecederaan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading