KUALA LUMPUR: Palestin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia atas sokongan teguh mereka terhadap negara itu semasa sesi pendengaran awam di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague.
“Bagi pihak rakyat Palestin, kami mengagumi dan sangat menghargai mesej yang disampaikan Malaysia di The Hague,” kata Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali pada sidang media di pejabatnya di sini, pada Isnin.
Malaysia dalam menyampaikan kenyataan lisan pada sesi pendengaran awam berhubung isu Palestin di ICJ pada Februari mendesak Israel mesti menghentikan semua pencabulan yang berterusan dan serta-merta berundur dari Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT).
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyampaikan kenyataan itu juga menyenaraikan empat elemen substantif utama hak untuk menubuhkan negara sendiri bagi rakyat Palestin – hak terhadap integriti wilayah, hak terhadap kesatuan wilayah dan perlindungan terhadap integritinya, hak terhadap kedaulatan kekal ke atas kekayaan dan sumber semula jadi, dan kebebasan untuk menikmati pembangunan ekonomi, sosial, dan budaya.
Malaysia juga menegaskan mengenai kewajipan semua negara dunia untuk terus menyokong Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) bagi Pelarian Palestin dan sebaliknya menghentikan sebarang bantuan kewangan atau ketenteraan kepada Israel.
Duta itu juga melahirkan kebimbangan mendalam terhadap rakyat Palestin di Gaza menjelang Ramadan ketika Israel meneruskan serangan di wilayah yang dikepung berkenaan.
Beliau menggesa untuk gencatan senjata tanpa syarat dan segera di Gaza untuk memudahkan koridor kemanusiaan dalam menyampaikan bantuan yang mendesak kepada rakyat Palestin.
Bagaimanapun beliau ragu-ragu bahawa tentera rejim akan menghentikan serangan mereka.
“Ramadan amat bermakna kepada semua umat Islam. Tetapi tidak kepada semua pengganas di Israel pada masa ini. Perkara ini tidak akan pernah berubah sama ada pada Ramadan atau sebalikya.
“Israel akan terus menyerang dan membunuh rakyat Palestin yang tidak bersalah,” katanya.
Beliau turut mengecam Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir, kerana mengesyorkan untuk menyekat kemasukan umat Islam ke Masjid Al-Aqsa semasa Ramadan.
Sekurang-kurangnya 30,410 orang penduduk Palestin terbunuh dan lebih 71,700 lagi cedera dalam serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt lepas.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked