PERLUAS KERJASAMA GLOBAL DALAM PENDIDIKAN, TOLAK TANGGAPAN LAPUK – PM ANWAR
Tanggapan lapuk bahawa pelajar perlu bergantung sepenuhnya kepada negara atau universiti terkemuka tertentu untuk pendidikan semakin tidak relevan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
RIO DE JANEIRO: Tanggapan lapuk bahawa pelajar perlu bergantung sepenuhnya kepada negara atau universiti terkemuka tertentu untuk pendidikan semakin tidak relevan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Beliau berkata perkara berkenaan antara topik yang dibincangkan dalam pertemuan dengan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva pada Ahad.
“Kami turut bersetuju untuk menjalin kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan dari segi pendidikan.
“Hal ini kerana pemikiran lapuk yang menganggap terlalu bergantung kepada negara dan universiti tertentu, saya rasa, bukan lagi relevan, terutama sekali dengan kehendak dan perkembangan semasa,” katanya ketika menghadiri sambutan penerokaan minyak daripada kapal terapung, pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan (FPSO) Yinson Holdings Bhd Malaysia, Maria Quitéria, yang berjaya memperoleh pengeluaran minyak pertamanya pada 15 Okt lepas.
Sehubungan itu, Anwar berkata kementerian berkaitan termasuk pendidikan tinggi, kini perlu melihat kemungkinan untuk menjalin kerjasama antara universiti serta dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.
“Ini bermaksud kita akan ada banyak lagi hubungan, komunikasi dan kerjasama,” kata Anwar yang berada di sini sempena lawatan rasmi dan menghadiri Sidang Kemuncak G20.
Justeru, Anwar berkata komitmen ke arah memupuk Global South, berpusat dan berkecuali juga harus merangkumi pendidikan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengambil kesempatan mengundang komuniti perniagaan yang hadir pada majlis itu untuk melabur di Malaysia.
“Sudah pastinya kita mengalu-alukan pelabur dari Brazil ke Malaysia.
“Presiden Luiz juga memaklumkan kepada saya bahawa beliau mungkin akan melawat Malaysia semasa mesyuarat ketua-ketua kerajaan ASEAN tahun depan, dan itu akan menjadi keadaan yang sangat baik apabila kapten industri Brazil berpeluang memperluas kerjasama dengan pemain industri Malaysia,” katanya.
Malaysia bersama 16 lagi negara termasuk Chile, Qatar, Mesir, Singapura, Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam antara negara jemputan G20.
G20 terdiri daripada 19 negara dan dua kesatuan iaitu Argentina, Australia, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Mexico, Rusia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Korea Selatan, Turkiye, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU), dan Kesatuan Afrika (AU).
Malaysia dan Brazil meraikan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik tahun ini.
Pada 2023, Brazil yang juga negara terbesar di Amerika Selatan, merupakan rakan dagangan ke-20 terbesar Malaysia, destinasi eksport ke-29 terbesar dan sumber import ke-17 terbesar.
Antara negara Amerika Latin dan Caribbean, Brazil adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia, destinasi eksport dan sumber import terbesar. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager