MALAYSIA, BRAZIL DESAK GENCATAN SENJATA SEGERA DI GAZA
Malaysia dan Brazil menekankan keperluan mendesak untuk melaksanakan gencatan senjata segera dan berkekalan terhadap konflik yang sedang berlaku di Gaza serta menuntut Israel agar memastikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Wilayah Palestin yang diduduki dapat disalurkan tanpa sebarang sekatan.
RIO DE JANEIRO: Malaysia dan Brazil menekankan keperluan mendesak untuk melaksanakan gencatan senjata segera dan berkekalan terhadap konflik yang sedang berlaku di Gaza serta menuntut Israel agar memastikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Wilayah Palestin yang diduduki dapat disalurkan tanpa sebarang sekatan.
“Kedua-dua pemimpin juga sekali lagi menegaskan sokongan mereka terhadap penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara, berdasarkan sempadan sebelum 1967, serta keanggotaan penuh Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas pertemuan dua hala antara Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar Sidang Kemuncak G20.
Anwar dan Lula turut menegaskan komitmen masing-masing untuk memerangi ketidaksetaraan, kelaparan dan kemiskinan serta berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat kedua-dua negara.
Kedua-dua pemimpin turut menekankan kepentingan untuk memperkukuh kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk kesihatan, industri halal, keterjaminan makanan dan pertanian, sains, teknologi dan inovasi, semikonduktor serta alam sekitar dan perubahan iklim.
Mereka turut mengalu-alukan pelancaran “Global Alliance against Hunger and Poverty”. Presiden Lula menzahirkan penghargaan terhadap keputusan Malaysia untuk menyertai pakatan itu sebagai anggota pengasas.
Kedua-dua pemimpin turut mengulangi komitmen mereka terhadap usaha bersama-sama dalam membasmi kelaparan di seluruh dunia menjelang akhir dekad ini, selaras dengan Agenda Pembangunan Mampan 2030.
Dalam perkembangan lain, kedua-dua pemimpin menyatakan sokongan mereka terhadap pengiktirafan Fasiliti Hutan Tropika Selamanya (TFFF), yang diperkenalkan oleh Brazil pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan menunjukkan minat untuk bekerjasama dalam merangka mekanisme berkenaan menjelang pelancarannya di Belem pada 2025.
“Dengan mengiktiraf kedudukan mereka sebagai negara-negara yang mempunyai kepelbagaian biologi yang tinggi, Brazil dan Malaysia melihat TFFF sebagai alat inovatif untuk memajukan pemuliharaan hutan hujan tropika di negara-negara membangun,” menurut kenyataan bersama.
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara Putrajaya dan Brasília, meraikan hubungan dua hala yang kukuh berdasarkan nilai-nilai serta matlamat bersama seperti keamanan, kerjasama dan pembangunan mampan.
Kedua-dua pemimpin menzahirkan rasa puas hati dengan kemajuan yang dicapai sejak perbualan telefon pada 9 Feb lepas, termasuk peningkatan lawatan peringkat tinggi sepanjang tahun.
Mereka turut mengalu-alukan Mesyuarat Rundingan Dua Hala Malaysia-Brazil yang pertama pada 18 Sept lepas, yang menjadi platform bagi memajukan agenda politik, ekonomi dan kerjasama antara kedua-dua negara.
Anwar tiba di negara terbesar di Amerika Selatan dari Lima, Peru, pada Sabtu untuk lawatan rasmi dan sebagai wakil negara tetamu di Sidang Kemuncak G20.
Malaysia bersama-sama 16 lagi negara termasuk Chile, Qatar, Mesir, Singapura, Sepanyol, UAE dan Vietnam, turut menjadi negara tetamu pada Sidang Kemuncak G20.
G20 terdiri daripada 19 negara dan dua kesatuan iaitu Argentina, Australia, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Mexico, Rusia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Korea Selatan, Turkiye, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Kesatuan Afrika.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan Malaysia turut diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked