Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU TRELER MAUT REMPUH DUA KENDERAAN, RUMAH

DALAM NEGARA

PEMANDU TRELER MAUT REMPUH DUA KENDERAAN, RUMAH

Seorang pemandu treler maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 47 Jalan Ipoh-Lumut, Bota, Perak, malam semalam.

Sumber Gambar: Media Sosial

IPOH: Seorang pemandu treler maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 47 Jalan Ipoh-Lumut, Bota, Perak, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah berkata dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, pemandu treler yang membawa muatan simen berusia 32 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku semasa treler terbabit yang dalam perjalanan dari arah Seri Iskandar ke Gelung Pepuyu, dekat sini hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah treler serta kereta Toyota Vios yang diletakkan di tepi jalan.

“Akibat perlanggaran treler itu turut merempuh garaj sebuah rumah yang terletak kira-kira 100 meter di sebelah kiri jalan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hafezul Helmi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini diminta tampil menghubungi pegawai penyiasat Insp M.Maheswaran di talian 010-7005051 atau mana-mana balai polis berhampiran. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading