Connect with us

ALHIJRAH NEWS

WANITA RUGI LEBIH RM20,000 ANGKARA “LOVE SCAM”

DALAM NEGARA

WANITA RUGI LEBIH RM20,000 ANGKARA “LOVE SCAM”

Seorang wanita mengalami kerugian RM20,900 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan cinta atau love scam, selepas berkenalan dengan seorang lelaki menerusi aplikasi TikTok pada 5 Nov lepas.

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita mengalami kerugian RM20,900 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan cinta atau love scam, selepas berkenalan dengan seorang lelaki menerusi aplikasi TikTok pada 5 Nov lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada mulanya selepas berkenalan, balu berumur 33 tahun itu diberikan satu pautan di Google Chat bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih mudah.

Beliau berkata selepas beberapa hari berhubung, suspek kononnya berniat mahu memberi hadiah telefon dan wang tunai dalam bentuk dolar kepada wanita berkenaan.

“Tidak lama kemudian wanita itu menerima e-mel yang menyatakan bahawa kiriman barangan telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, tetapi dia perlu membuat bayaran kepada syarikat kurier untuk mendapatkan barangan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata wanita itu membuat 14 kali pembayaran ke tujuh akaun bank berbeza seperti diarahkan, dengan menggunakan wang simpanan sendiri dan arwah suaminya, namun dia tetap tidak menerima barangan berkenaan, sebaliknya terus diminta membuat pembayaran lagi atas pelbagai alasan.

“Selepas menyedari tertipu, wanita itu membuat laporan polis semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading