Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KONTENA HEMPAP KERETA: PEMANDU TRELER DIDAKWA ESOK

DALAM NEGARA

KONTENA HEMPAP KERETA: PEMANDU TRELER DIDAKWA ESOK

Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Bukit Tengah pada Rabu lepas akan didakwa di Mahkamah Bukit Mertajam, Pulau Pinang esok.

BUKIT MERTAJAM: Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Bukit Tengah pada Rabu lepas akan didakwa di Mahkamah Bukit Mertajam, Pulau Pinang esok.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris ketika dihubungi Bernama mengesahkan lelaki berusia 51 tahun itu akan didakwa esok selepas tamat reman hari ini.

“Lelaki itu yang ditahan selepas kemalangan tersebut direman hingga hari ini untuk siasatan lanjut kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah selepas kereta dipandu mereka dihempap kontena yang terjatuh daripada sebuah treler dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Bukit Tengah di sini.

Mangsa yang maut, Lee Zi Rou, 21, memandu kereta Perodua Bezza manakala Tan Chou Theng, 25, yang cedera parah adalah pemandu Honda Jazz.

Kemalangan pada 9.30 pagi itu dipercayai berlaku ketika lima kereta dan sebuah lori dari Jalan Kebun Sirih sedang berhenti di lampu isyarat simpang tiga Jalan Bukit Tengah sebelum sebuah treler kontena dari Jalan Bukit Tengah tiba-tiba membelok ke kiri. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading