PEMANDU WANITA REMPUH PELAJAR UITM DUNGUN MASIH DI HOSPITAL PERMAI
Mahkamah Majistret Dungun hari ini diberitahu suri rumah yang didakwa kerana melanggar tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun sehingga maut Oktober lepas, masih berada di Hospital Permai, Johor Bahru bagi pemerhatian kesihatan mentalnya.
DUNGUN: Mahkamah Majistret Dungun hari ini diberitahu suri rumah yang didakwa kerana melanggar tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun sehingga maut Oktober lepas, masih berada di Hospital Permai, Johor Bahru bagi pemerhatian kesihatan mentalnya.
Dalam prosiding sebutan semula kes hari ini, Pengarah Pendakwaan Negeri Azizan Abdullah yang mengendalikan kes berkenaan memberitahu mahkamah bahawa laporan penuh berhubung tahap kesihatan mental Norizan Ismail, 49, masih belum diperoleh.
“Tertuduh sebelum ini tidak pernah mempunyai rekod menjalani rawatan psikiatri, jadi pihak hospital memohon perintah penahanan di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah dilanjutkan,” katanya.
Peguam yang mewakili wanita berkenaan Norhabibah Norulalzahar daripada tetuan Ghazali Ismail & Co mengesahkan perkara itu.
Selepas mendengar pemakluman berkenaan Majistret Nur Amirah Fatihah Osman membenarkan tempoh penahanan di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah dilanjutkan selama sebulan dan menetapkan 17 Dis ini sebagai sebutan semula kes.
Norizan sebelum ini didakwa atas tiga pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian tiga penuntut UiTM Dungun iaitu Muhammad Akmal Md Tukirin, 25; Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20 dan Khairil Anuar Jamaluddin, 20.
Pada 15 Okt lepas Nur Amirah Fatihah memutuskan supaya Norizan dihantar ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk pemeriksaan mental selama sebulan dan hari ini ditetapkan untuk sebutan semula kes.
Dalam kejadian pada 9 Okt lepas, Norizan yang memandu sebuah kenderaan utiliti sukan telah merempuh empat pelajar UiTM sehingga tiga daripada mereka meninggal dunia manakala seorang lagi Muhammad Ammar Danish Mohamad Ridhuan, 20, cedera.
Norizan sebelum ini turut dituduh di bawah Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu kerana melakukan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan kepada Muhammad Ammar Danish dan esok ditetapkan sebagai sebutan semula kes. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests