PERTABALAN SULTAN IBRAHIM HAMPIR LENGKAPKAN PUSINGAN KEDUA PENGGILIRAN YANG DI-PERTUAN AGONG
Sistem Raja Berperlembagaan dengan amalan penggiliran sembilan Raja Melayu menaiki takhta yang diamalkan Malaysia sejak 1957, menempa satu lagi sejarah gemilang hari ini usai sempurnanya Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
KUALA LUMPUR: Sistem Raja Berperlembagaan dengan amalan penggiliran sembilan Raja Melayu menaiki takhta yang diamalkan Malaysia sejak 1957, menempa satu lagi sejarah gemilang hari ini usai sempurnanya Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini berkata istiadat pertabalan yang berlangsung di Istana Negara menonjolkan keunikan Malaysia sebagai satu-satunya negara di dunia dengan amalan sistem berkenaan, selain menandakan pusingan kedua penggiliran jawatan Ketua Utama Negara yang melibatkan sembilan negeri beraja hampir lengkap.
Azuan Effendy berkata mengikut turutan penggiliran Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang akan bersemayam untuk tempoh lima tahun bermula tahun ini ialah yang kedua terakhir, sebelum disusuli dengan pelantikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sekiranya baginda dipilih oleh Majlis Raja-Raja.
“Selepas itu (selepas Sultan Nazrin), pusingan ketiga penggiliran bermula, dalam pusingan pertama ada tiga kali penolakan untuk dilantik menjadi Agong, namun pada pusingan kedua ini ia amat istimewa kerana menuruti sahaja penggiliran yang sudah mantap pada pusingan pertama tanpa sebarang pindaan dan perubahan.
“Inilah kehebatan, persefahaman antara Duli Tuanku Raja-Raja, baginda boleh sahaja ubah sejarah dan penggiliran kerana ia satu persefahaman yang perlu dimuktamadkan dalam Majlis Raja-Raja, tetapi masih dikekalkan mengikut pusingan pertama, tidak diubah,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Azuan Effendy berkata sejarah awal pemilihan Yang di-Pertuan Agong sebagai payung kedaulatan negara adalah berdasarkan status kekananan Raja-Raja, namun selepas penggiliran pertama disempurnakan sembilan Raja-Raja Melayu, turutan itu kemudiannya diikuti hingga kini.
Mengikut konvensyen penggiliran senarai sembilan negeri beraja, turutan negeri dalam pusingan pertama sistem penggiliran ini sejak 1957 ialah Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.
Pada 1994, penggiliran berkenaan mula memasuki pusingan kedua apabila bekas Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-10.
Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan Majlis Raja-Raja menerusi undi rahsia bagi menentukan pelantikan Yang di-Pertuan Agong seterusnya seperti baginda yang dilantik berkenan untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental.
Selain itu, baginda yang dilantik merupakan raja yang berada pada kedudukan teratas, mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima raja lain serta bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.
Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan berlangsung, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan bertanya kepada raja seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaannya untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Sembilan raja berkenaan kemudian akan membuat undi rahsia dan sekiranya raja dalam senarai itu mendapat lima undian, baginda dengan rasminya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya.
Proses yang sama diulangi untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong, yang akan memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa ketiadaan Seri Paduka Baginda di dalam negara atau kerana keuzuran.
Ketika ini, Sultan Nazrin merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong iaitu jawatan yang disandang sejak pemerintahan Sultan Muhammad V diikuti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.