Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PERTAHANAN UDARA ARAB SAUDI PINTAS DRON HOUTHI BERHAMPIRAN MAKKAH

DALAM NEGARA

PERTAHANAN UDARA ARAB SAUDI PINTAS DRON HOUTHI BERHAMPIRAN MAKKAH

Gambar Arkib Makkah – AFP

ISTANBUL: Pertahanan udara Arab Saudi memintas dan memusnahkan sebuah dron yang dilancarkan oleh kumpulan Houthi di Yaman berhampiran Makkah, menurut pakatan diketuai Arab Saudi pada awal Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Jurucakap pakatan itu, Turki al-Malki berkata dron berkenaan dipintas kira-kira 6.50 petang waktu tempatan pada Selasa sebelum sempat memasuki ruang udara larangan, dengan serpihannya jatuh di selatan bandar itu.

Al-Malki menyifatkan insiden itu sebagai percubaan kedua Houthi untuk menyasarkan Makkah, merujuk kepada peluru berpandu balistik yang dilancarkan ke arah bandar itu pada 27 Julai 2017.

Beliau berkata keselamatan Dua Masjid Suci dan jemaah  merupakan “garis merah”, sambil berikrar bahawa pakatan itu akan mengambil langkah bagi menghalang serangan selanjutnya.

Insiden itu berlaku sehari selepas pakatan berkenaan memaklumkan bahawa 13 orang awam cedera dalam serangan peluru berpandu dan dron oleh Houthi di Khamis Mushait, Abha dan Taif, dengan tujuh rumah serta dua kenderaan rosak.

Konfrontasi antara tentera kerajaan Yaman yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan Houthi semakin memuncak sejak awal Julai.

Negara itu dilanda perang sejak Houthi menawan ibu negara Sanaa dan beberapa wilayah pada 2014 sebelum pakatan Arab diketuai Arab Saudi campur tangan pada 2015 bagi menyokong kerajaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. — Bernama


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading