PERTUDUHAN PENYANYI YASIN TANAM 17 POKOK GANJA, KEKAL
Pertuduhan menanam 17 pokok ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara yang dihadapi penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, dikekalkan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini, bagi sebutan kes atas dua pertuduhan menanam 17 pokok ganja dan mengedar 214 gram dadah yang dihadapinya pada 31 Mac lepas. — fotoBERNAMA
PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa pertuduhan menanam 17 pokok ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara yang dihadapi penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, dikekalkan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah, berkata ia berdasarkan laporan kimia yang diperoleh pihak pendakwaan petang semalam.
“Bagi kes ini, pertuduhan dikekalkan dan pihak kami memohon satu tarikh baharu untuk serahan dokumen kepada pihak pembelaan,” katanya semasa sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jamaludin Mat.
Peguam Ariff Azami Hussien, yang mewakili Muhammad Yasin, 47, berkata pihaknya berterima kasih kepada pendakwaan kerana dapat menyiapkan laporan kimia itu dalam tempoh masa yang singkat dan memohon dua minggu untuk tarikh sebutan kes.
Mahkamah kemudian menetapkan 6 Julai ini untuk sebutan semula kes.
Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Mohd Asnawi berkata hasil laporan kimia itu mengesahkan 17 pokok itu adalah pokok ganja.
Pelantun lagu ‘Mimpi Laila’ itu didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah dan daripadanya kanabis boleh diperoleh sama ada secara terus atau secara tidak langsung di kediamannya di Kondominium Casa Indah, Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara di sini, pada 5.30 petang, 24 Mac lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama, yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Majistret Zhafran Rahim Hamzah turut menetapkan tarikh sama (6 Julai) untuk sebutan semula kes bagi pertuduhan mengedar dadah dihadapi Muhammad Yasin selepas Mohd Asnawi memaklumkan pihaknya akan melakukan siasatan lanjut mengenai laporan kimia berhubung kes itu (edar dadah) yang diperoleh semalam.
Bapa kepada dua anak itu didakwa mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram di lokasi, masa dan tarikh yang sama.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, dijatuhkan hukuman sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
Kelihatan isteri, dan anak perempuan Muhammad Yasin berusia 14 tahun serta ahli keluarga penyanyi itu hadir ke mahkamah hari ini.
Sebelum masuk ke bilik mahkamah, Muhammad Yasin yang memakai baju kemeja-T berwarna hitam dan berseluar putih sempat mengucapkan ‘Assalamualaikum’ kepada pihak media dan mengucapkan takziah di atas pemergian penyanyi dan pelakon terkenal Adibah Noor Mohamed Omar serta rakan baiknya, Mujahid Abdul Wahab.
Sementara itu, seorang lagi peguam Muhammad Yasin, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff memberitahu pemberita, anak guamnya memerlukan rawatan pakar untuk penyakit bipolar di hospital yang mempunyai rekod penyanyi itu.
“Saya difahamkan, sebelum ini Yasin sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh, namun ia bukan tempat yang sesuai. Lebih baik Yasin dapatkan rawatan pakar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Pantai Kuala Lumpur yang mempunyai rekod kesihatannya,” kata peguam itu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager