Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

280 MAUT, 595 CEDERA GEMPA BUMI KUAT LANDA TIMUR AFGHANISTAN

DUNIA

280 MAUT, 595 CEDERA GEMPA BUMI KUAT LANDA TIMUR AFGHANISTAN

Sekurang-kurangnya 280 orang terbunuh dan 595 cedera selepas gempa bumi menggegarkan wilayah Paktika di Afghanistan pagi Rabu.

Sumber gambar: Twitter

KABUL: Sekurang-kurangnya 280 orang terbunuh dan 595 cedera selepas gempa bumi menggegarkan wilayah Paktika di Afghanistan pagi Rabu, lapor Xinhua memetik siaran Agensi Berita Bakhtar.

Kira-kira 255 orang terkorban di daerah Barmal, Ziruk, Naka dan Gayan di wilayah Paktika, daerah paling terjejas di wilayah timur, menurut laporan itu memetik sumber tempatan terkini.

Helikopter dan pasukan penyelamat sudah berada di kawasan yang terjejas.

Di wilayah jiran Khost, sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan 95 yang lain cedera.

Menurut US Geological Survey, gempa bermagnitud 6.1 itu menggegarkan 44 kilometer (km) barat daya Khost.

Ia merosakkan berpuluh-puluh rumah di wilayah itu dan juga menyebabkan kejadian tanah runtuh di Paktika, menurut sumber tempatan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading