KEADAAN KANAK-KANAK TERAMBIL DADAH SEMAKIN PULIH, SUDAH BERNAFAS SECARA NORMAL – POLIS
Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan yang sebelum ini kritikal selepas dipercayai terambil dadah, kini dilaporkan semakin pulih selepas mendapat rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Kanak-Kanak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)
KOTA BHARU: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan yang sebelum ini kritikal selepas dipercayai terambil dadah, kini dilaporkan semakin pulih selepas mendapat rawatan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Kanak-Kanak Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kanak-kanak tersebut kini sudah dapat bernafas secara normal dan tidak lagi menggunakan alat bantuan.
Beliau berkata sekiranya keadaan terus menunjukkan perkembangan positif kemungkinan kanak-kanak tersebut akan dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai tidak lama lagi.
“Alhamdulillah keadaan kanak-kanak ini semakin pulih dan kita semua mendoakan agar kesihatannya bertambah baik.
“Dia mungkin akan dipindahkan ke HSIP bagi memudahkan anggota keluarga melawat dan menjaganya,” katanya kepada pemberita selepas hadir bertemu ibu mangsa di HRPZ II di sini, hari ini.
Terdahulu, Muhamad Zaki bersama rombongan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bersama Pemangku Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kelantan Datin Suzana Yashin menyampaikan kurniaan daripada Yang Amat Mulia Raja Perempuan Tengku Anis kepada ibu mangsa.
Sementara itu, ibu mangsa yang berusia 36 tahun ketika ditemui berkata dia bersyukur keadaan anak bongsu daripada tiga beradik itu semakin pulih.
Dia berkata semua sumbangan daripada orang ramai yang prihatin termasuk sumbangan daripada Yang Amat Mulia Raja Perempuan Tengku Anis akan digunakan sebaik mungkin untuk keperluan anaknya itu.
“Anak saya kini sudah boleh makan melalui saluran tiub dan berharap dia terus menunjukkan perkembangan yang lebih baik selepas ini,” katanya yang turut mengagahkan diri menjaga anaknya walaupun menahan keperitan kerana turut menghidap kanser tahap empat.
Dalam kejadian Ahad lepas, kanak-kanak terbabit kritikal dan terpaksa ditidurkan selepas dipercayai ‘terambil’ lebihan dadah jenis Methamphetamine selepas ditinggalkan di dalam kereta oleh suspek (bapa sepupunya) ketika dibawa keluar di kawasan Kampung Sri Bintang, Kuala Krai.
Suspek berumur 30 tahun itu yang juga penagih tegar kini masih ditahan reman untuk siasatan lanjut oleh polis. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked