PERTUKARAN MB KELANTAN, TIMBALANNYA KERANA MAHU SEMANGAT BAHARU – ABDUL HADI
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata keputusan untuk menukar Menteri Besar Kelantan dan timbalannya jika PAS diberikan mandat mengekalkan pentadbirannya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), dibuat kerana inginkan semangat baharu di negeri itu.
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.19 Ru Rendang sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Rusila hari ini. –fotoBERNAMA
MARANG: Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata keputusan untuk menukar Menteri Besar Kelantan dan timbalannya jika PAS diberikan mandat mengekalkan pentadbirannya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), dibuat kerana inginkan semangat baharu di negeri itu.
Beliau berkata pertukaran dua pemegang jawatan itu telah mendapat persetujuan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
“Menteri besar (Ahmad) mengundurkan diri kerana uzur. Bahkan dahulu dia merayu supaya tidak dilantik (sebagai menteri besar) tetapi kita minta lagi. Memang beliau keuzuran dan kena jalani rawatan, jadi kali ini kita pertimbangkanlah.
“Kita juga mahu supaya ada semangat baharu di Kelantan, mahu ada perubahan. Sebab itu timbalan (timbalan menteri besar) juga diubah,” katanya kepada pemberita selepas selesai mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Ru Rendang di Sekolah Kebangsaan (SK) Rusila di sini hari ini.
Menafikan wujudnya desakan atau isu yang mendorong kepada pertukaran penyandang kedua-dua jawatan itu, Abdul Hadi berkata beliau yakin kedua-dua calon baharu menteri besar dan timbalannya itu nanti akan mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan diterima rakyat.
Sementara itu, di KOTA BHARU, Mohd Amar berkata Presiden PAS akan menentukan siapa calon yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan, jika mandat keputusan PRN memihak kepada parti itu.
Ditemui pemberita selepas selesai mengundi di SK Panji, beliau berkata kebiasaannya Presiden PAS akan memberikan nama calon kepada Pesuruhjaya PAS Negeri untuk dipersembahkan kepada Sultan Kelantan bagi mendapat perkenan.
Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan berkata kerajaan Kelantan yang ditadbir PAS dijangka memiliki gabungan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar yang baharu selepas PRN ini.
Takiyuddin berkata gabungan kepimpinan baharu yang akan dikemukakan itu adalah seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat, tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests