Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PERUNTUKAN AGENSI ISLAM LEBIH RM6 JUTA UNTUK MANGSA BANJIR

DALAM NEGARA

PERUNTUKAN AGENSI ISLAM LEBIH RM6 JUTA UNTUK MANGSA BANJIR

KUALA LUMPUR: Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diperuntukkan sebanyak RM6,635,680 untuk diagihkan kepada mangsa yang terlibat dengan musibah banjir.

Menterinya Senator Idris Ahmad berkata, agensi-agensi di bawahnya telah menggerakkan pasukan Skuad Musa’adah Agensi Agama untuk berkhidmat di semua kawasan terjejas di seluruh negeri yang terlibat dalam bencana tersebut.

Antara bantuan yang akan diterima oleh mangsa banjir adalah barangan asas dan keperluan segera, kit-kit ibadah, bekalan makanan kering dan basah, Food Bank dan makanan siap, penempatan tinggal sementara dan pelbagai lagi.

“Saya berharap bantuan yang diperuntukkan ini dapat membantu sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh mangsa tragedi dan akan pastikan bantuan ini segera sampai kepada yang memerlukan.

“Dari semasa ke semasa, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan melaporkan perkembangan semasa bantuan kepada mangsa banjir yang amat terkesan ketika ini,” dalam kenyataanya.

Berikut adalah perincian jumlah yang telah diperuntukkan oleh agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama):

  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): RM550,000
  • Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM): RM1,633,280
  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) : RM1,000,000
  • Baitulmal MAIWP: RM750,000
  • Yayasan Taqwa Malaysia: RM500,000
  • Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI): RM102,400
  • Tabung Haji : RM1,600,000
  • Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM): RM500,000

—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading