BANJIR PAHANG: MAYAT KANAK-KANAK LELAKI DITEMUI

BENTONG: Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai salah seorang daripada tiga mangsa tragedi banjir lumpur di sebuah resort di Bentong pada Sabtu lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata, mayat mangsa, Emmanuel Chang Li Zhen, 6, ditemui pasukan penyelamat jam 10.30 pagi tadi di lokasi kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian.

Mayat mangsa ditemui di bawah timbunan kayu selepas pasukan penyelamat terpaksa mengalihkan sisa-sisa kayu bagi mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

“Operasi mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang diteruskan hari ini,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam Sabtu lalu, tiga mangsa dilaporkan hilang dibawa arus sungai manakala 32 lagi berjaya diselamatkan.

Mangsa pertama, wanita warga emas berusia 66 tahun ditemui pagi semalam semalam kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.

Penemuan mayat tersebut menjadikan kes keseluruhan sembilan orang maut akibat banjir di Pahang manakala lima lagi masih belum dijumpai.–AlHijrah Online

Leave a Reply