HULU LANGAT: Prihatin dengan nasib mangsa banjir buruk yang melanda baru-baru ini, TV Alhijrah melalui kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), ‘Hijrah Prihatin’ turut tampil menyampaikan bantuan di beberapa kawasan terjejas banjir termasuklah Hulu Langat.
Kakitangan serta personaliti TV Alhijrah hadir menyantuni mangsa di beberapa kawasan selain meninjau premis yang musnah akibat dihempas arus deras banjir.
Antara lokasi yang dikunjungi adalah kediaman salah seorang mangsa, Ruslan Abdul Manan, atau mesra dipanggil Pak Ngah.
Sebahagian besar rumah ini musnah dan segala harta benda diselaputi lumpur tebal.
Pak Ngah bagaimanapun bersyukur kerana ramai yang menyumbang tenaga dan wang ringgit selepas mengetahui kejadian yang menimpanya.
“Pakcik tengok ramai yang bantu dan rasa nak menangis pun ada kan nak ucap macam mana pun pakcik tak tahu.
“Berbanyak-banyak terima kasih kepada sesiapa yang beri bantuan kepada pakcik, pakcik pun tak terbalas lah budi jasa semua kan. Itulah, berserah kepada Allah sahajalahkan dia yang menentukan semua bukan kita minta,” katanya.
Ruslan Abdul Manan
Sejak kelmarin penduduk Hulu Langat giat membersihkan kediaman dengan bantuan sukarelawan daripada pelbagai pihak.
Wakil syarikat perniagaan telekung terkemuka Siti Khadijah, Yayasan Sofa dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) turut tampil menyertai kempen Hijrah Prihatin dengan menghulurkan bantuan barangan dan wang tunai.
“Jadi kita dah mula operasi menyantuni mangsa-mangsa bencana ini sejak hari Sabtu lagi.
“Sebelum ini, kita pergi ke Kampung Dialek Klang, kemudian kita juga pergi ke daerah Petaling di Paya Jaras, Sungai Buloh bagi menyantuni mangsa-mangsa banjir,” kata Md Arifin Jaafar, Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan & Publisiti, YIDE.
Md Arifin Jaafar
Mohd Hanif Hamid, Yang Dipertua Yayasan Sofa berkata, mereka mengagihkan lebih kurang 150 buah beg untuk bersama-sama memberi bantuan kepada mangsa banjir di sini.
“Kita taja setiap beg itu lebih kurang RM50 ke RM60 dan kita harapkan ianya dapat membantu sedikit sebanyak mangsa-mangsa banjir yang terkesan,” katanya.
Mohd Hanif Hamid
Ketua Integrasi Media Dan Hal Ehwal Korporat TV Alhijrah, Saifulizan Sidek berkata, selain sumbangan kepada mangsa banjir, skuad Hijrah Prihatin juga turut menyumbang tenaga, membersihkan kediaman yang terjejas dan rosak.
Saifulizan Sidek
“Daripada TV Alhijrah sendiri, kita telah memperuntukkan sebanyak lebih kurang RM60,000 dan hasil sumbangan daripada rakan kerjasama korporat menjadikan jumlah sumbangan melebihi RM100,000.
“Tapi ini bukannya lokasi terakhir, InsyaAllah kita akan sambung untuk fasa kedua iaitu kita akan bantu mereka yang terkesan untuk membersihkan rumah ataupun membantu mereka memulakan fasa baharu kehidupan selepas banjir.
Turut serta personaliti TV Alhijrah, Abdul Hanan, Ardi Herman serta hos La Tahzan dan Hijrahkan Laguku, Faizal Ismail. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked