Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANJIR SELANGOR DAN PAHANG RAGUT 31 NYAWA

DALAM NEGARA

BANJIR SELANGOR DAN PAHANG RAGUT 31 NYAWA

KUALA LUMPUR: Angka kematian akibat banjir di Selangor dan Pahang merekodkan seramai 31 mangsa apabila kedua-dua negeri berkenaan masing-masing mencatatkan 21 dan 10 kematian setakat petang ini.

Menurut laporan, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya merekodkan 21 kematian di seluruh Selangor sehingga hari ini.

“Daripada jumlah itu, 11 kematian direkodkan di Taman Sri Muda, Shah Alam.

“Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa banjir masih giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, operasi menyelamat masih diteruskan di dua lokasi di Taman Sri Muda dan Bandar Sri Ehsan, Bukit Changgang.

“Di Taman Sri Muda, seramai 334 mangsa dipindahkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan individu dipindahkan adalah 3,504 mangsa sejak hari pertama operasi dijalankan.

“Di Bandar Sri Ehsan pula, seramai 19 mangsa termasuk warga emas, kanak-kanak dan bayi dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, semalam,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JBPM Pahang, Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, pihaknya merekodkan 10 kematian setakat hari ini termasuk penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki di sebuah kawasan chalet Bobby Eco Camp, Bentong, pagi tadi.

“Kami menerima lapan kes membabitkan tujuh kes lemas dan satu kes tanah runtuh di seluruh negeri ini membabitkan 75 mangsa dengan 59 daripadanya berjaya diselamatkan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading