PERUTUSAN KHAS PM 6 PETANG INI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan Perutusan Khas Situasi Semasa COVID-19 hari ini.

Perutusan itu dijadual disiarkan secara langsung pada jam 6 petang menerusi saluran TV utama negara.

Dijangkakan perutusan itu akan dibuat Muhyiddin dari kediamannya susulan beliau umum kuarantin kendiri selama 14 hari semalam.

Semalam juga 432 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan ia jumlah kes harian tertinggi sejak pandemik itu menyerang negara. — AlHijrah Online.

Leave a Reply