Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DURJANA LIWAT ANAK SAUDARA

DALAM NEGARA

LELAKI DURJANA LIWAT ANAK SAUDARA

KULIM: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kulim hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak saudara lelakinya yang berusia 6 tahun sejak Ogos lalu.

Tertuduh Roslan Hasan, 62 tahun, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Musyiri Peet.

Berdasarkan pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan memasukkan jari ke dalam dubur mangsa.

Perbuatan itu dilakukan di rumahnya di Taman Senangin kira kira jam 3 petang pada pertengahan Ogos 2020.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh melakukan perbuatan menggesel kemaluan pada dubur mangsa pada jam 4 petang sekitar pertengahan Ogos 2020 di alamat yang sama.

Tertuduh yang berkerja sebagai pemandu teksi didakwa mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 bagi kedua-dua kesalahan terbabit.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan serta hendaklah diperintahkan untuk menjalani pengawasan polis selama tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii tanpa kerelaan.

Terdahulu, Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 bersama seorang penjamin dengan syarat perlu melaporkan diri di balai polis setiap bulan.

Mahkamah turut perintahkan jaminan tertuduh akan ditarik serta merta sekiranya didapati mengganggu mangsa.

23 November depan ditetapkan untuk sebutan semula kes. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading